Posted by: boss200509 | October 4, 2009

Seminar sehari Penyelidikan FTMK 3/10/2009

upsi5

Tema Seminar: Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ) dalam pendidikan.

Sub Teme: ICT dalam pendidikan, e-pembelajaran, Open Source, Multimedia, Koswer Instruksi, Rangkaian, Kepintaran Buatan, Virtual Reality, Pengaturcaraan, m-pembelajaran, Scurity

Ucaptama : Prof Madya Ruhani Abd Rahman. Penyelaras Cisco Networking Academy, Fakulti kejuruteraan Elektrik, UiTM

Posted by: boss200509 | September 6, 2009

Unit ICT Smk Tunku Abdul Rahman Putra

Unit ICT SMKTARP Telah ditubuhkan pada Jan 1999.Adalah menjadi matlamat Unit ini untuk melaksanakan rangkaian network menyeluruh, servis komputer, penggunaan perisian di dalam pendidikan. ICT juga bertanggungjawab untuk membangunkan teknologi ICT selaras dengan pembangunan IT yang terkini. Bagi tujuan pembangunan staf, ICT memainkan peranan untuk menganjurkan kursus kepada kakitangan bukan akademik untuk menghasilkan pekerja yang mampu melaksanakan tugas dengan lebih berkesan. Matlamat utama unit ICT adalah untuk memaksimakan penggunaan teknologi dan rangkaian dan juga perkhidmatan ICT di dalam lajaran dan pendidikan. -Mengendalikan rangkaian Menyeluruh SMKTARP. -Menyokong sistem-sistem yang digunakan di pentadbiran sekolah seperti PPSMI, ISIS, EMIS Data,Pengurusan Bestari dan sebagainya. -Mentadbir laman web SMKTAR tercanggih dan terkini. -Kursus berkaitan ICT kepada staf bukan akademik. -Membaik pulih komputer dan pengagihan komputer kepada seluruh jabatan dan unit-unit.

Posted by: boss200509 | September 6, 2009

Google Dalam Pendidikan

nazri saad3

Untuk Perhatian: En Nazri B Saad (Pengarah ICT Upsi) Pensyarah Multimedia .

Pengenalan :   Bila di sebut tentang google, ia memang tidak asing lagi kepada peminat Internet Umum nya ia merupakan alat carian yang paling popular masa kini. Secara langsung google menjadi alat untuk membantu pendidik dalam menyediakan bahan PnP Google secara terus boleh digunakan dalam pengajaran yang di jalankan dalam ertikata google boleh dijadikan alat untuk pengajaran dan pembelajaran. Google Inc. (NASDAQ: GOOG dan LSE: GGEA) merupakan sebuah perniagaan persendirian di Amerika Serikat, berperanan dalam pencarian Internet dan iklan online. Perusahaan ini beroperasi di Mountain View, California, dan memiliki tenaga kerja seramai 19.604 orang (30 Jun 2008)[3][4] Falsafah Google meliputi slogan seperti “Don’t be evil”, dan “Kerja harusnya berdepan dengan cabaran dan penyelesaian ditangani dengan sebaik-baiknya.”, menggambarkan budaya perusahaan yang simple dan santai.

Google Map:  Meninjau keadaan dan kedudukan bumi melalui satelite Mengkaji kedudukan satu tempat dengan tepat dan jelas, kerana ada imej yang di tunjukkan spt jalan dan bangunan Menjadikan bahan perbincangan keadaan mukabumi yang berbeza mengikut iklim seperti kawasan hutan dan padang pasir.

Google Erth:  Meninjau keadann dan kedudukan bumi melalui satelite Berfungsi seperti juga googale map tetapi ini lebih kepada pembesaran mukabumi. Ertinya dari pandangan yang jauh kepada pembesaran sehingga berpuluh ribu kali. Dalam pendidikan sejarah kedudukan tempat bersejarah boleh dikaji melalui  pencarian ini,seperti  kedudukan pramid dan kedudukan tembok besar negra china di mana kedua-dua fungsinya ialah untuk membena benteng pertahanan. Fungsi yang sama tapi mempunyai bentuk yang berlainan.

Google Translate:  Membolehkan pelajar dan guru membuat rujukan dan terjemahan bahasa dengan memberikan berbagai-bagai contoh penggunaan. Membolehkan pelajar merujuk dan menterjemah berbagai bahasa yang terdapat dalam dunia spt arab,China, Indonesia, india dll. Satu  lagi produk google yang amat penting ialah google tanslate di mana  penterjemahan boleh merentasi berbagai bahasa di dunia, penggunaan satu perkataan contoh eat (bahasa English) di terjemah kepada (bahasa Indonesia) menjadi makan, menyantap, mencekik, cas, merusak, memusnahkan , membakar dan mengganggu

Google video : Membolehkan guru dan murid mendapatkan video tentang pembelajaran geografi. Spt letupan gunung berapi di Pulau Jawa Sangat sesuai untuk bahan pepbelajaran kerana penemuan yang dirakam membuktikan sesuatu fenomena itu berlaku dengan jelas melalui rakaman video

Google Mail  :  Penghantaran bahan pembelajaran dan aktiviti tambahan seperti kerja rumah boleh di e-mail terus kepada pelajar Pelajar boleh membuat latih tubi. Pelajar boleh menghantar bahan kerja kursus tepat pada waktunya.  Boleh menghubungi pelajar dalam masa yang singkat

Google Imej : Membenarkan guru dan pelajar mencari imej-imej yang sesuai dalam pembelajaran multimedia. Membuat perbandingan berbagai jenis imej dalam carian yang sama. Memudahkan pelajar bmembuat koleksi bagi memahimi konsep dan dapatan dari pelbagai sumber dan imej. Setiap imej ada penerangan

Google Doc : Membolehkan guru dan pelajar membuat pembelajaran secara kolaboratif, dimana bahan dari guru atau pelajar boleh dibincangkan bersama online. Membolehkan pelajar berbincang berkumpulan di rumah masing-masing Menambahbaikan kerja berkumpulan denga pencarian dan perbincangan.

Rujukan

  1. (29 April 2004)“Kebangkitan Google”. USA Today Diakses pada 1 Ogos 2007.
  2. Financial Tables. Google Investor Relations. Diakses pada 31 Januari 2008
  3. GOOGLE ANNOUNCES SECOND QUARTER 2008 RESULTS. Diakses pada 17 Julai 2009
  4. Info Perusahaan Google: Pengenalan.” Google. URL diakses pada 6 Januari 2007.
  5. Info Perusahaan: Pencapaian Google.” Google. URL diakses pada 23 Februari 2007.
  6. Page, Lawrence; Brin, Sergey; Motwani, Rajeev; Winograd, Terry. “Penilaian PageRank: Membawa Perintah ke dalam Web.” 11 November 1999.
  7. Battelle, John. “Kelahiran Google.” Wired Magazine. Ogos 2005.
  8. Li, Yanhong. “Menuju sebuah mesin pencari berkualiti.” Internet Computing, IEEE. 2 (4), Julai-Ogos 1998, 24-29.
  9. WHOIS – google.com. Diakses pada 10 Ogos 2007
  10. Google. “Pencapaian Google.” URL diakses pada 12 Julai 2006.
  11. Fried, Ian. “Sebuah perusahaan yang dipenuhi dengan kesuksesan teknologi.” CNET. 4 Oktober 2002. URL diakses pada 25 Februari 2007.
  12. Olsen, Stefanie. “Perkembangan Google.” CNET. 11 Julai 2003. URL diakses pada 25 Februari 2007.
  13. Staff Writer. “Google membeli gedung perkantoran dari Silicon Graphics.” Silicon Valley / San Jose Business Journal. 16 Juni 2006. URL diakses pada 25 Februari 2007.
  14. Thompson, Bill. “Apakah Google baik bagi Anda?BBC News. 19 Desember 2003. URL diakses pada 25 Februari 2007.

Categories